Sunday 10 April 2011

Pancing Memancing......:P

Assalamualaikum.....hujung minggu baru ni telah berlangsungnya satu event iaitu pertandingan memancing di Taman Tasik JPS,Raub,maka berduyunlah kaki2 pancing menyertai pertandingan itu,almaklumlah hadiah yg ditawarkan sungguh mengujakan.Selain memancing turut juga diadakan acara pertandingan mewarna untuk kanak-kanak serta pertandingan fotografi yg temanya berkaitan dgn acara utama,gitulah lebih kurang,saya masuk gak tapi tak menang pun....heheh...xpe bole try lain event...must try,don't give up.Yeah!never say goodbye...hahaa.
Aktiviti begini kengkadang bagus juga untuk beriadah bersama keluarga tapi kena awasi bebudak tu kang terjatuh lak kat dlm tasik tu,sape yg susah?Sendrik mau ingat laa...

Wednesday 30 March 2011

Chit chat cyber

         Lama sungguh rasanya tak mengemaskini blog I ni....busy sikit semenjak dua menjak kebelakangan ini,kerja cam saya ni sebagai homemaker dan juga sebagai nanny memang berat tanggungjawabnya.Sementelah pula bila baca dan tonton dimedia tentang kes bayi2 meninggal kerana tersedak susu,perkara seperti itu amatlah dikesali sekali.Semoga perkara sedemikian tidak terjadi ke atas anak2 asuhan saya,Na'uzubillah.
         Pagi2 sibuk dgn kerja rumah dan budak2,sebelah petang pula pergi belajar memandu,selepas office hour my hubby pulak yg ajar...memang penat,sakit2 lengan saya asyik pegang stereng aja so tak larat dah nak mengadap lappy...hehee..
         Cikgu saya,Nadzam Candidcute (nama kat FB) tu kata tak lama lg saya nak test dah...hmmm tak sampai hajat saya,kalau boleh tahun depan baru nak test..ehehe,nak berkenalan lebih rapat lg ngan kete tu.Dulu cikgu saya kata,basikal pun boleh potong,sekarang tak dah...saya dah boleh potong motor tapi motosikal 250cc ler bukan motor Harley Davidson tu...ahahaa.Hubby saya pun takut duduk sebelah saya,tangannya asyik kat handbrake saja,nanti entah ke gaung mana katenye...huh! memang sengal dia tu...
         Semoga saya lulus masa test nanti hendaknya....aamiiiin.

Sunday 20 March 2011

Wedding and KLCC

Hujung minggu yg happening...pepagi lagi dah sampai ke Taman Selayang,as an assistant photographer kengkononnya tapi taklah menolong sangat sebab tak berapa sihat,snap sikit2 aje.Selepas selesai kat majlis kahwin tu,bawa  anak2 jenjalan kat KLCC sbb my little boy tu nak sangat pergi ke Petrosains tapi sayangnya kaunter tiket dah ditutup so kitaorg cuci mata aje ler kat suria tu.check it out....



















Friday 18 March 2011

Makan angin di atas Bukit

Tempat ni walaupun dlm daerah Raub dan tak berapa jauh dari rumah saya tapi saya tak teruja sangat nak pergi....itu adalah disebabkan oleh keadaan geografinya,jalan macam ular kena palu membuatkan diri rasa mcm mengalami morning sickness,uwek kat sana uwek kat sinun,kepala ting tong mcm org overdose...huh sungguh berchenta nak pegi situ.Memandangkan line internet berada diperingkat yg kronik sekarang ni,maka tak dapatlah nak masukkan imej kat sini.Tunggu sehingga signal strength kembali excellent baru boleh upload.Assalam.












Monday 14 March 2011

Istana Cinta......Kellie's Castle.

School holiday,sinonim dgn majlis perkahwinan dan saya pun ambil kesempatan itu untuk keluar dr negeri Pahang bagi menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat suami.Setelah berada di negeri org,sebelum majlis bermula,agenda yg pertama ialah jln2 pusing bandar,lepas tu ternampak satu sign board....jom kita tengok tempat tu...